Showing posts with label periNgatAn. Show all posts
Showing posts with label periNgatAn. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

share : timang-timang anakku sayang...


timang-timang anakku sayang...
doa ayah kau akan gemilang...

timang-timang anakku sayang...
harap ibu kau akan terbilang...

timang-timang anakku sayang...
pinta agama kau akan berjuang...

doaku jangan dikau,

timang-timang anakku sayang...
sampai masa ayah kau tinggalkan...

timang-timang anakku sayang...
sampai waktu ibu kau biarkan...

timang-timang anakku sayang...
sampai ketika agama kau gadaikan...

 #dipetik dari buku diari sufi nukilan Siti Munazakiah#
nanti ibu share lagi ya isi dalam buku ni

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Thursday, August 18, 2011

dah buat assignment belum??

assalamualaikum
cuba teka....
ape ke hei nye awak ni Danial??

 ohh..ingat lagi GA yang ni?


 dah buat assignment nye belum??
heee..ada 3 entry kena buat tu...
hadiah memang best
tapi tak sampai-sampai idea kat ibu..huhuhu
tarikh tutup dah dekat
haihhhhh
kawan-kawan check kat sini k

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Monday, August 1, 2011

selamat berpuasa

 assalamualaikum

selamat menunaikan ibadah puasa
^_^

-gambar candid ~ Danial yang suka nau buat muka cheeky akhir-akhir ni-

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Sunday, July 24, 2011

cara sendawakan baby

 assalamualaikum

dah dua hari berturut-turut Danial tersedak dalam tido
risau ibu
tadi pagi jadi lagi
aiyooooo
risau okeh

status fb pagi tadi

ahah
sebab tak sendawakan Danial lahhhh
huhuhu

Danial biasa tertido time nyusu

biasa dia dah tido tu memang ibu amik botol susunya lah
time dia minum susu pun ibu takdelah tinggal
cuma tak sendawakan
tapi tetap bahaya kan??

 cara ibu sendawakan Danial cuma tepuk-tepuk sikit belakangnye atau usap-usap je sampai sendawa
kenkadang sampai Danial kentut
sekarang pun kuat kentut
haha

 oh kawan-kawan please-please share cara-cara nak sendawakan baby...pelissss
better late than never kan?
 thanks for helping!!

and thanks sebab baca ni..

=) love
ibu danial

Tuesday, July 19, 2011

Karnival Upin Ipin Persada Johor

assalamualaikum
hujung minggu lepas kan ada Karnival Upin Ipin kat Persada Johor


kitorang pegi hari ahad tu
tapi kejap jek.....
sebab ada salesgirl kat situ yang nak kena penampo gaknye
awak nak promote barang, saya dengar..
saya tanak beli, tu saya punya hak ok!!
terus balik tanpa pusing-pusing lagi
takde mood langsung ibu ngan ayah...
sob sob sob
ibu pun keja jual barang jugak..takdela nak paksa2 customer beli
heeeyyyy memang geram betul

oh hihi sebenarnya ingat tanak wat entry pun
kan kecoh sana sini blogger kena saman
 sila jangan saman saya..saya orang susah =P
 tapi sebab ada orang yang search pasal karnival ni tersangkut kat sini pulak.. 


 nak baca review yang besh cuba singgah sini

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Saturday, July 9, 2011

token menan | reserved seat

 assalamualaikum


kenal tak ni ape?
ni token menan tesco punye
dah lame ada dalam beg duit ibu
ayah la nak pujuk Danial dok diam, dia bawa g kat tempat menan
tukar duit ngan token ni tapi tak pakai pun
hari tu ibu nak bayar barang, tersalah kasi token ni
hahahah malu weh!!
nasib baik auntie kedai tu kenal ibu ;)

 dan yang ni pulak ibu snap semalam


aiyaaaa dah duduk baru perasan rupanya seat reserved
maluuu aii
tapi selama ni tak nampak pun sticker ni
lepas ni kena duduk belakang sikitlah ;)

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Thursday, July 7, 2011

sharing is caring : suap makanan pakai tangan kanan ye nak

assalamualaikum

minggu ni mood nak berblogging merudum entah ke mana
fikiran pun melilau entah ke mana
buat kerja pun asyik la salahhh
harap2 minggu ni tak payah jadi ceti, sebab nanti tak pasal2 customer lain yang sembur, ibu lepaskan marah kat customer lain pulak.....macam gitu sekaliiiii.haih
mood ibu minggu ni ala-ala sedih lah..huhu
T__T
tambah pulak semalam tergigit lidah sendiri
hadoi sakittt tau..jadi hari ni ibu jadi pendiam lebih dari biasa..haha

back to the story...
 lepas ibu tahu Danial adalah kidal, serius ibu tak tahu, famili kami takde sorang pun yang kidal, thanks atas kata-kata perangsang dari kawan-kawan, ibu dah tak halang Danial pakai tangan kiri lagi...
not a very observant mother, am i?
T__T


dalam entry ibu semalam, ibu ada tanya macammana nak bagi dia pegang makanan dia pakai tangan kanan?
http://puannina.blogspot.com/2011/07/his-favourite-fruit.html
mungkin kawan-kawan tak perasan kot soalan ibu...hehe
lagipun kawan ibu yang baca pun, anak nye lebih kurang sebaya ngan Danial je..kan?

sekadar untuk dikongsi dengan kawan-kawan
tadi ibu google 'macammana nak bagi anak makan pakai tangan kanan'
kawan-kawan boleh la baca artikel-artikel berkaitan tentang macammana nak bagi anak makan pakai tangan kanan di link di bawah
ibu cuma ambil sedikit isi di dalam artikel, selebihnya boleh lah baca kat link tu tau
kredit pada pemilik blog di bawah

http://www.anneahira.com/mendidik-anak-cara-islam.htm
mendidik anak-anak cara Islam harus dimulai sejak dini, misalnya makan dan minum harus dengan tangan kanan, berdoa sebelum makan dan sebagainya.
 Metod ini harus dilakukan dengan konsisten, jika kita melihat anak makan dengan tangan kiri, nasihatilah dengan baik agar ia menggunakan tangan kanannya untuk makan.

Makan atau minum dengan tangan kiri, bagi kebanyakan orang, sudah menjadi hal yang biasa. Namun dalam Islam, perbuatan jelek ini bukan permasalahan yang ringan. Setidaknya, makan dan minum dengan tangan kiri adalah perbuatan yang menyerupai setan. Sehingga merupakan perkara yang penting untuk mengajari anak bagaimana makan dan minum sesuai tuntunan Nabi, karena bila terlambat melakukannya, anak akan susah dibetulkan.

http://thurayya.blogdrive.com/archive/109.html
Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan.
Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah

http://ondscene.my/macam-macam/anak-menyuap-makanan-dengan-tangan-kiri
kisah benar yang terjadi ketika penulis di sebuah kedai makan....

kawan-kawan share la jugak ye macammane caranya nak bagi anak makan pakai tangan kanan
ramai kawan ibu anak nye kidal kan..?teehee
ummumuhammad, ummu auni, mama najlaa, ibu afi
mummy razziq, abang long kidal tak?
lagi sape..jom ibu buat kelab anak tangan kidal wakakaka =P
thanks sebab baca ni.. 

=) salam sayang
ibu danial

Ingatlah Allah

OST MUTIARA HATI

Lirics from http://delang-d.blogspot.com/2007/01/ost-mutiara-hati-ingatlah-allah.html

 di waktu kaya ingatlah pada Allah
di waktu miskin ingatlah pada Allah
di waktu sehat ingatlah pada Allah
di waktu sakit ingatlah pada Allah

kerjakan perintahNya
jauhi laranganNya
itulah orang yg diingat Allah

banyak yg kaya lupa pada Allah
banyak yg miskin jauh dari Allah
banyak yg sehat lari dari Allah
banyak yg sakit meninggalkan Allah

itulah orang yg sombong kepada Tuhannya
tidak kenal kepada Allah

ingatlah wahai manusia
semua kan kembali pada Allah
ingatlah wahai manusia
hidup matimu di tangan Allah

di waktu sehat ingatlah pada Allah
di waktu sakit ingatlah pada Allah

kerjakan perintahNya
jauhi laranganNya
itulah orang yg diingat Allah

ingatlah wahai manusia
semua kan kembali pada Allah
ingatlah wahai manusia
hidup matimu di tangan Allah

ingatlah wahai manusia
semua kan kembali pada Allah
ingatlah wahai manusia
hidup matimu di tangan Allah

banyak yg kaya lupa pada Allah
banyak yg miskin jauh dari Allah
banyak yg sehat lari dari Allah
banyak yg sakit meninggalkan Allah

itulah orang yg sombong kepada Tuhannya
tidak kenal kepada Allah

 
thanks sebab baca ni.. 

=) love 
ibu danial

Tuesday, June 28, 2011

sticker belakang kereta

 assalamualaikum

ni nak share gambar sticker belakang kereta
biar gambar yang bercerita
^_^
image googled : from bazariaonline.com
image googled : from peppersprayworld.com
googled : from http://geomonkey.wordpress.com/page/5/
 isk
image googled : from jdmdecalsgarage.blogspot.com
 image googled : from http://printzhouz.blogspot.com/2011/02/sticker-road-tax-material.html
image googled : from ceriterarif.blogspot.com
 image googled : from yusrinahata.com
 image googled : from alongsafa.blogspot.com

entry ni sebenarnye nak upkan pagi tadi
tapi tak sempat
hari tu ibu nampak sticker yang bertulis
IF U CAN READ THIS, THEN I CAN HIT MY BRAKE AND SUE YOU!!
terus nak buat entry ni

pastu hari yang kami g makan nasi ayam tu
masa balik nampak sticker
DEVIL IN CAR
haih memang macam pelesit je bawa kete
sakit ati pulak bila ingat

ibu google punye google tak jumpe dah yang lagi lawa
tengok kat bing images pulak
terjumpa yang comel-comel ni
boleh tengok sini ya
http://www.flickr.com/photos/isseystudio

 ohhh cantiknya!!
yang personalized gambar baby pun ade
nanti balik nak usha lagi n kena tunjuk ayah lah
entah2 belakang kereta dah takde tempat letak dah
hehehe

updated :
psst :
hari khamis nak upkan top ?? contest anak ayah
susahnyaaaa nak pilih
nantikan ye
^_^

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Monday, June 13, 2011

sharing is caring ~tudung labuh instant - yes or no?~

ibu share dari nota sahabat ibu di facebok...

Salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat wanita saya,  

Saya setuju bahawa tudung labuh instant mudah didapati dan senang dipakai (Lycra+awning). Cuma saya lebih menggalakkan para wanita yang bertudung labuh untuk membeli tudung instant bersifat menutup aurat iaitu tidak menekap/melekap di dada. Kita sebagai pengguna sewajibnya meneliti semula material tudung labuh instant yang dijual dipasaran kerana tudung-tudung yang dijual kala ini, walaupun labuh, tapi masih tidak sempurna untuk menutup dada.

Kelemahan di peringkat itu yang sewajibnya diselesaikan oleh penjual dan pemakai. Kepada pihak pengusaha butik dan penjual tudung-tudung instant yang mahu meneruskan penjualan tudung2 seperti ini, maka juallah tudung instant labuh yang berstyle scallop atau twist jadi di bahagian dada tu tertutup dengan ropol twist dan scallop (sebagai alternatif untuk peminat tegar tudung istant labuh. Untuk yang belum tegar, saya nasihatkan untuk teliti sebelum mencuba).

Jadi kepada pengusaha-pengusaha, tolong take note mengenai hal ini kerana kalian juga memegang saham-saham pembeli. Sekiranya mereka membeli barangan kita yang masih belum up to standard yang Allah tetapkan, maka sahamnya kita juga yang dapat. 

Kepada pemakai, sila berhati-hati ;).Wallahualam. ;)

-tag la siapa2 yang nak di tag, sebagai tanda sayang kita kepada sahabat2 di luar sana-

Luv u all~ Nurul 'Uyun Ahmad, Dungun [coretan ni sebagai ingatan buat diri saya sendiri]

ingatan untuk diri ibu jugak ni..
walaupun ibu pakai tudung bawal je..
ayah pesan aurat perlu jaga
tokwan pun dah pesan berkali-kali
hmm
ibu nak belajar pakai tudung instant / shawl jugak..
tapi entah bila..

thanks sebab baca ni..

=) love
ibu danial

Thursday, June 9, 2011

18 bulan paling sesuai untuk preggy selepas ceaser

 kat entry ni
http://puannina.blogspot.com/2011/04/jeng-jeng-jeng.html
kan ibu ade cakap
kena tunggu at least setahun setengah untuk preggy lagi kan
sori lambat kasi info..
ade ke yang tertunggu-tunggu entry nih..
hehe perasan

ibu dah jumpe blog yang ibu baca tu
http://ekinashikin.blogspot.com/
time kasih cik ekin kasi ibu share

SOALAN

Saya bersalin secara pembedahan pada April lalu dan bayi sulung saya itu kini berusia lapan bulan.
Bilakah waktu yang sesuai untuk saya hamil anak kedua? Saya ingin tahu tempoh paling minimum yang membolehkan saya untuk hamil semula. 

JAWAPAN


RAWATAN perubatan sepatutnya mengambil kira faktor individu terbabit walaupun secara lazimnya ia berpandukan kepada beberapa perkara asas.



Selain tempoh jarak kelahiran terdahulu dengan kehamilan akan datang, usia wanita, komplikasi kelahiran terdahulu yang memungkinkan parut pembedahan pada rahim kurang tegar, masalah sewaktu kehamilan terdahulu dan seumpamanya juga memainkan peranan penting. 



Anda seeloknya mendapatkan maklumat mengenai beberapa perkara berkaitan pembedahan kelahiran terdahulu: 



  • Jenis pembedahan sama ada ‘segmen bawah’ (LSCS) ataupun ‘segmen atas’ (klasik). 




  • Komplikasi sewaktu mengeluarkan bayi sehingga terpaksa membuat belahan jenis ‘T terbalik’. 




  • Komplikasi jangkitan kuman pada rahim (endometritis) yang menjadikan parut lemah dan mudah merekah atau koyak. Sekiranya ada mengalami pendarahan nifas berpanjangan, berbau atau mengalami demam sewaktu berpantang, anda mungkin mengalami komplikasi ini. 



    Tujuan menjarakkan kelahiran selepas pembedahan adalah untuk mengurangkan risiko rahim koyak atau pecah sewaktu kelahiran akan datang, malah ia juga boleh berlaku sebelumnya iaitu sewaktu kehamilan lagi. 

    Selain itu, tempoh yang dijarakkan ini membolehkan kesihatan ibu pulih semula dan paras hemoglobinnya menjadi optimum. 

    Secara amnya, tempoh sekurang-kurangnya 18 bulan disarankan sebelum seseorang itu hamil semula. 

    Malah, ada doktor yang menasihatkan tempoh dua hingga tiga tahun sebagai langkah keselamatan. Tempoh kurang daripada 12 bulan, lebih-lebih lagi kurang daripada enam bulan dikaitkan dengan peningkatan risiko dinding rahim merekah atau pecah sewaktu kehamilan atau proses bersalin kelak.



  • hmm..2 3 hari lepas parut ceaser ibu sakit..huhu
    nak tulis panjang-panjang lagi tapi banyak keje+internet bengong
    nak blogwalking pun tak sempat..
    huhuhu

    =) love
    ibu danial

    Tuesday, May 31, 2011

    tak bertanggungjawab

    perasan tak kadang2 bila kite parking kereta kat tempat yang kena bayar
    kat resit parking kereta tu dia tulis
    pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan pada kenderaan anda
    lebih kurang cam tu la
    habis buat ape kite bayo ea??
    macam resit bawah ni..

    eh lawa pulak no siri dia

    tapi kan pada ibu la..yang paling haru
    kat surat kebenaran ibubapa untuk lawatan sekolah
    dia tulis
    pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa pada anak tuan/puan
    camno tu?
    siapa yang nak jaga keselamatan budak tu??

    =) love
    ibu danial

    Tuesday, May 24, 2011

    saguhati untuk semua

    dah lama tak aktif join cgl
    kalau tak silap last sekali rajin join awal bulan tiga hari tu
    lama kan

    walaupun tak rajin join dah sekarang
    dapat jugak eden hadiah saguhati dari penganjur-penganjur yang baik hati
    syukur masih ade rezeki =D
    saguhati untuk semua peserta ye
    kalau korang ade join korang pun dapat jugak tau

    dari DeqDeq untuk contest 5-5-5
    tahniah Mama Zharfan, menang peserta pilihan juri..

    kedua dari Bayt Al-Iman untuk My Little Caliph Contest
    tahniah ummi Tasneem dan Kauthar, pemenang utama MLCC

     ketiga dari Ummi Nur untuk GA Nur
    keputusan sedang disenaraipendek..
    Danial tersenarai dalam Top 20..
     gudluck ye semua!

    lagi satu berita..
    tadi dapat mesej dari kak Izan Idma
    penganjur contest nama baby?
    ingat tak?
    boleh check blog penganjur ya untuk maklumat lanjut 

    kak Izan pun ade janjikan hadiah saguhati
    insyaAllah bulan 6 akan dipos
    ^_^


    =) love
    ibu danial

    Saturday, May 21, 2011

    butang like fb


     butang like fb yang menyebabkan Danial dapat hadiah hari ni
    hoyeah
    suke =D
    thanks ye kawan2 yang tolong like


    ibu pernah cite kenapa ibu suke button like fb ni

    dan nak share tulisan Shakir Shafiee tentang kebaikan/keburukan butang like ni
    Semua dapat dilakukan dengan mudah, jika anda malas atau tidak minat menaip kita akan hanya menekan butang like sahaja. Mudah dan senang!
    Ini realiti bagi diri saya juga. Tapi..
    Tapi sejak akhir-akhir ini bahaya dan keaiban diri akan musnah dengan hanya menekan butang like kerana kehendak diri untuk mengetahui dan akibatnya kita terkena penangan butang like ini.
    boleh baca lagi di sini ya

    kadang-kadang ibu main tekan like sesuke hati
    aduhai
    betapa khilafnye ibu..
    kadang-kadang apa yang kita like tak sama tafsiran dengan orang lain..
    huhu
    psst:
    oh dah ade pulak butang 'dislike'?
     demam2 pun tak boleh nak 'manja' sangat..harus kuat

    =) love
    ibu danial

    Friday, April 29, 2011

    sharing is caring : jawatan kosong!!



     terima kasih en huszaini bagi share ^_^

    psst : nak buat teka-teka lah..nak ikut tak?

    =) love
    ibu danial

    Thursday, April 14, 2011

    kisah perokok tegar

    td BW blog kak ejan
    tabik toing2 lah kat suami kak ejan sebab dah 6 bulan berenti merokok
    dan tak sabar nak tunggu popia sampai
    heheh

     tetibe rase nak cite jugak pasal rokok

    ayah ibu dulu2 memang seorang perokok tegar
    satu hari 2 kotak ade rasenye die boleh hisap
    huhuhu
    sebab dia keje jauh,keje berat pulak tu
    mungkin sebab tu kot dia hisap rokok?

    oh ibu memang heran kenapa suke hisap rokok??
    boleh cakap tak?
    best sangat ke rokok tu?

     lepas tu time kitorang balik kampung tahun bile ntah
    heh sori memang dah lupe..dah lame dah
    lepas tu terus dia tak hisap rokok lagi tau!
    alhamdulillah

    rupe-rupenye sebab tokwan ibu cakap
    merokok tu HARAM
    ok sebenarnye panjang lagi la ape tokwan cakap
    tapi yang tu memang melekat kat kepala abah
    start daripada tu abah terus tak hisap rokok
    dah tak payah hidu asap rokok lagik
     baguslah kan

    adik ibu-pak ngah Danial memang tak merokok-gud gud
    adik ibu-pakcik danial
    ha yang ni nak kena piat tinge lah
    hari tu kantoi hisap rokok ngan ibu
    sampai skrg tak nampak lagi dia hisap rokok
    hisap ke tak tu wallahualam

    tapi
    hah ade TAPI tu pulak
    incik hubby ni merokok
    eiii
    geram betul
    dah berapa kali membebel dah
    merokok membahayakan kesihatan!
    dia tak mo dengar
    tapi ibu memang dah cakap
    nak merokok tak boleh depan Danial
    kena jauh-jauh
    memang tak merokok le dia depan Danial
    tapi pandai jugak die
    kalau balik rumah Kota Masai ni memang dia merokok kat luar rumah aje

    haih
    tak tau la macammane nak cakap lagi
    cakap dengan atok danial suruh nasihat anak die tu
    boleh pulak dia cakap kalau dah start merokok tu susah nak berenti
    huwaaaa
    sampai bile nak duduk dalam busuk-busuk ni
    ibu memang sound direct jek
    busuklah ayah!busuk!busuk!busuk!

     dan ingat lagi kempen ni?
    kredit : google from : http://merokoksedutanmaut.blogspot.com/
    tau tak ape diorang cakap?
    memangla kami taknak
    rokok tu dah penyek
    hampeh!

    =) love
    ibu danial

    Tuesday, April 12, 2011

    balik raya

     wallaweh
    awalnye nak cerita pasal raya
    haha

    ni lanjutan entry semalam
    buat ibu teringat artikel ni
    nak share dengan korang

    Setiap kali menjelang ramadhan, saya tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika dalam bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu memanggil kami (3 orang anak perempuannya dan 2 orang anak lelakinye yg masih bujang“ Total adik beradik 6 seorang dah kawin and duduk with husband) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah. Ayah pula sudah meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan
    Baca artikel ini sepenuhnya ye ~~


    Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie….dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik . (anak no.5) & (Saya anak bongsu yg ke-6) Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama. Betul tak?
    .
    Ateh & Acik : Betul…. mestilah ghumah ibu dulu………
    .
    Ibu : Dengar dulu….contohnya jika rumah kamu di Paka, rumah ibu di Johor dan rumah mentua kamu di Marang, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?
    .
    Ateh & Acik : Ghumah ibulah …..
    .
    Ibu : Tidak…….ibu tidak izinkan kamu balik ke sini………baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu……..ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun
    .
    Ateh : Mengangguk…… (tanda faham ler tue…… dia nie banyak ikut perwatakan ibu….penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit,sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut….diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga)
    .
    Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh……kena gilir-gilirlah baru adil (dia nie memang kaki bangkang pun…..outspoken skit kalau dia tak puas ati)
    .
    Ibu : Ingatlah…..jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti… taatlah pada suami dan mentua ……..
    .
    Acik : Macam kaum h**** lak…Dah kawin tak boleh gi rumah emak bapak
    .
    Ibu : Bukan macam tu……islam tu indah…….setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu…..dan seperkara lagi…..untuk menjaga suami tidak sesusah mananye… hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM……JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA InsyaAllah dia tak akan ke mana…..kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga…
    Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala…

    Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan seorang pemuda yang yatim piatu……jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak berkahwin dengan pemuda yang masih mempunyai ibu- bapa…Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di KL)…
    Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba dirumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar…
    Ibu :Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?
    Abang ipar :Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).
    .
    Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?
    .
    Abang ipar : Tidak bu…….saya izinkan keluarga saya beraya di sini.
    .
    Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?
    .
    Abang ipar : Mereka tiada halangan.
    (dalam hati saya rasa terkilan……….apalah ibu nie….biarkan jerlah Acik nak beraya disini)
    .
    Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu.
    (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu….lama gak ibu bergayut dengan besannya).
    Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini. (sambil menitis airmata)
    Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.
    Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal dirumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka.
    ..
    Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain….
    (tak bo leh cerita panjang………dah masuk bab mengumpat lak…….).
    Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya.
    Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga……masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri……
    sempurna kah sudah aku sebagai seorang menantu?
    Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah ?……
    berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu????????
    Ya Allah…..
    berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai…..
    Aminnnnnn
    .
    Moral of the story Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2.
    Buat anak lelaki,tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya.
    Buat para isteri a.k.a anak perempuan , jangan sampai jadikan suami anak derhaka…

     sumber : amazingnara.com


    =) love
    ibu danial

    Saturday, April 9, 2011

    cleo

    ibu suke baca cleo
    tapi sikit punye susah nak cari
    kat kip mart takde
    kat kedai biase pun takde jual
    kat sebesar-besar tidak Harris tu pun susah jumpe
    haih

    walaupun dalam ni banyak fesyen la mekap la
    and banyak page iklan
    well sape tak suke tengok barang cantik-cantik
    tapi setakat tengok je lah =p
    ibu suke baca artikel pasal relationship
    dan banyak tips-tips yang best

    pastu jumpe kat giant
    April 2011
    cover Vanessa Hudgens
    dan April issue punye highlight ialah
    50 cleo most eligible bachelors
    hensem-hensem belaka
    nak tahu sape yang ada?
    ni hah
    Shaheizy Sam Samad
    maaplah yek tak terang

    korang yang minat dia boleh la beli yek majalah ni
    vote for him
    mane tau boleh menang hadiah best-best
    or boleh menang date dengan bachelor pilihan =)

    nak share sikit tips dari cleo
    here goes
    public transport etiquette
    memandangkan ibu pengguna tegar public transport sekarang hehe
    please..
    don't sleep
    kalau nak pejam mata biasa la kan tapi kalau siap berdengkur tak manis lah kan
    don't just stare off into space
    bawa lah buku ke psp ke suratkhabar ke asalkan jangan tenung orang depan..xselesa ok
    don't fumble and delay
    time nak tu nak yang depan sekali tapi naik bas barulah nak korek duit syiling?sian orang belakang tau
    don't lean on the handrail
    kalau ramai orang tu agak-agak la
    takkan nak bersandar kat pemegang tu dan sanggup tengok orang lain tergolek?

    banyak lagi tips yang best
    artikel yang best
    senang-senang nanti ibu share lagi ye

    ataupun
    boleh g website cleo
    http://www.askcleo.com.my

    =) love
    ibu danial

    Friday, April 8, 2011

    strok

     hari ni ibu nak share sikit tentang strok

    strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia

    apa itu strok?
    Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.
    Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
    Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

    dah nak dekat sebulan nenek Danial kena strok
    masa mula-mula kena, sebelah kanan tak boleh gerak
    kaku
    esoknya tu ayah bawa g klinik
    dah boleh berjalan sikit tapi dengan bantuan ayah lah
    nenek boleh cakap lagi
    tapi susah nak faham
    pelat
    tak boleh kawal pembuangan najis
    ye memang betul
    pesakit strok memang tak boleh kawal bila nak yak nak kenc semua tu
    nenek adelah pakai pampers sekarang...
    masa mula-mula tu ibu memang tak tahu ape-ape
    suap nasi pun nenek taknak
    dahlah ibu tak faham ape nenek cakap
    rupanya nenek tak boleh nak telan
    pesakit strok memang susah nak telan makanan rupanya
    hatta ikan ayam ibu masak pun nenek takde selera nak makan
    itu pun sebab ibu cari info kat internet
    baru ibu tau

    ade sesape ada pengalaman jaga pesakit strok?boleh share?

    doakan nenek cepat sembuh ye

    =) love
    ibu danial

    Saturday, March 26, 2011

    perkara yang tak patut ditanya pada suami

     semalam masa makan ngan incik hubby
    terkeluarlah soalan yang tak patut ditanya
    haih
    kepala fikir ape ntah
    sebab soalan tu memang tak patut ditanya
    lepas tanya rasa macam nak cili je mulut sendiri
    hahah

    dialog2 nih mesti korang biasa baca kan

    Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
    Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

    Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
    Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

    Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
    Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
    Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
    Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

    Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…
    Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

    Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
    Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

    Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
    Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.

    Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
    Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

    Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
    Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

    Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
    Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

    biasa la kan perempuan kalau tanya-tanya mesti ada maksud
    betul x?
    =P

    kesimpulannya
    cakap jangan main lepas je..fikir dulu...

    =) love
    ibu danial
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Powered By Blogger