Thursday, June 9, 2011

18 bulan paling sesuai untuk preggy selepas ceaser

 kat entry ni
http://puannina.blogspot.com/2011/04/jeng-jeng-jeng.html
kan ibu ade cakap
kena tunggu at least setahun setengah untuk preggy lagi kan
sori lambat kasi info..
ade ke yang tertunggu-tunggu entry nih..
hehe perasan

ibu dah jumpe blog yang ibu baca tu
http://ekinashikin.blogspot.com/
time kasih cik ekin kasi ibu share

SOALAN

Saya bersalin secara pembedahan pada April lalu dan bayi sulung saya itu kini berusia lapan bulan.
Bilakah waktu yang sesuai untuk saya hamil anak kedua? Saya ingin tahu tempoh paling minimum yang membolehkan saya untuk hamil semula. 

JAWAPAN


RAWATAN perubatan sepatutnya mengambil kira faktor individu terbabit walaupun secara lazimnya ia berpandukan kepada beberapa perkara asas.



Selain tempoh jarak kelahiran terdahulu dengan kehamilan akan datang, usia wanita, komplikasi kelahiran terdahulu yang memungkinkan parut pembedahan pada rahim kurang tegar, masalah sewaktu kehamilan terdahulu dan seumpamanya juga memainkan peranan penting. 



Anda seeloknya mendapatkan maklumat mengenai beberapa perkara berkaitan pembedahan kelahiran terdahulu: 



  • Jenis pembedahan sama ada ‘segmen bawah’ (LSCS) ataupun ‘segmen atas’ (klasik). 




  • Komplikasi sewaktu mengeluarkan bayi sehingga terpaksa membuat belahan jenis ‘T terbalik’. 




  • Komplikasi jangkitan kuman pada rahim (endometritis) yang menjadikan parut lemah dan mudah merekah atau koyak. Sekiranya ada mengalami pendarahan nifas berpanjangan, berbau atau mengalami demam sewaktu berpantang, anda mungkin mengalami komplikasi ini. 



    Tujuan menjarakkan kelahiran selepas pembedahan adalah untuk mengurangkan risiko rahim koyak atau pecah sewaktu kelahiran akan datang, malah ia juga boleh berlaku sebelumnya iaitu sewaktu kehamilan lagi. 

    Selain itu, tempoh yang dijarakkan ini membolehkan kesihatan ibu pulih semula dan paras hemoglobinnya menjadi optimum. 

    Secara amnya, tempoh sekurang-kurangnya 18 bulan disarankan sebelum seseorang itu hamil semula. 

    Malah, ada doktor yang menasihatkan tempoh dua hingga tiga tahun sebagai langkah keselamatan. Tempoh kurang daripada 12 bulan, lebih-lebih lagi kurang daripada enam bulan dikaitkan dengan peningkatan risiko dinding rahim merekah atau pecah sewaktu kehamilan atau proses bersalin kelak.



  • hmm..2 3 hari lepas parut ceaser ibu sakit..huhu
    nak tulis panjang-panjang lagi tapi banyak keje+internet bengong
    nak blogwalking pun tak sempat..
    huhuhu

    =) love
    ibu danial

    4 comments:

    myamyza said...

    miza selalu rasa sakit kat parut tu.. sakit dalam perut lah.. mungkin selalu makan yang bukan2.. hamil?? nak lagi tapi takut ngenangkan pengalaman lepas.. huhu

    puan nina said...

    ntah la..mmg skali-sekala sakit kot..huhu

    mekchu said...

    itu dilema org ceaser.. 18 bulan makna dia setahun setengah je la kan.. x de la sampai 2 thn..

    yg mekchu ni normal, masih tak de rezeki nak menambah...

    puan nina said...

    insyaAllah ade rezeki ade la tu micah nak beradek..heheh

    18 bulan ok la kan..tapi Danial belum setahun pun dah rindu-rinduan time preggy tu camno?hahahah

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Powered By Blogger