Showing posts with label fB. Show all posts
Showing posts with label fB. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

cak!

salam


rindu kat kamu Danial oiii~
walaupun....

kuat bebeno menggeget sekarang T__T

thanks sebab jenguk sini..

=) love
ibu danial

Thursday, November 17, 2011

cepat sembuh sayang | si tudung tweet

salam
malam tadi balik keje rase badan hero kecik saye ni panas...
demam...
tok mak nye kate petang semalam kuat sangat berjalan
alhamdulillah tak meragam langsung...
Danial dah nak boleh cakap kah?haha ;)


 moga cepat sembuh sayang...

semalam sape tengok si tudung tweet kat tv9?
best n kelakar kan...serta banyak pengajaran juge
eh lelaki yang nama suhaimi tu hensem kan? ;)
paling tak tahan laman web tweet-je and faceback lol
 oh saye dah deactivate facebook..kehkeh 
terasa aman sikit hidup..
tapi buat yang baru semata-mata nak main bingo, boleh? =P

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Monday, July 18, 2011

drypers wee wee dry vs drypers drypants

assalamualaikum
Danial pakai pampers jenama Drypers yang ni...

 Drypers Wee Wee Dry

masih lagi saiz M
semenjak dia makin melasak tanak dok diam masa pakai pampers, ibu try drypers yang ni pulak

Drypers Drypants

wow!memang memudahkan..pakai sambil berdiri pun boleh...
takdela nak geram2 lagi bila dia tak dok diam
heee ibu ni garang nak oi

gambar pampers yang tak semenggah kat atas sebab tuan pampers menolong ibu kemas
muahahaha


 haaa..untuk kawan-kawan yang pakai pampers jenama Drypers jugak, sekarang ada offer penebusan sehelai selimut dengan setiap pembelian Drypers Soft-Newborn
boleh check kat sini
atau log in fb n check out page Drypers Malaysia
tapi untuk NewBorn je la..huhuhu
banyak jugak contest kat page ni...ibu baru nak usha2..hehe

psst : anak korang pakai pampers apa?

thanks sebab baca ni..

=) love
ibu danial

Friday, July 8, 2011

cantik kew? | diam tanpa kata

 assalamualaikum

ibu start blog ni bulan 8 taun lepas
masa dalam pantang
tu pun ade 1 je kot post entry
heheh
naik keje bulan 10 baru aktif berblog
chewah aktif kata ko =P

setakat semalam post entry kat blog ni dah 432
kat blog contest ada 123 post
cantik ke nombor tu?
hihi
tapi tu nombor semata-mata
ada lagi ni haa dalam draft tak publish-publish


Danial dah nak setahun pengalaman bersalin tak siap-siap??
haih

 ni status fb ibu tadi

 emm..untuk ape ea mende ni kat sebelah tu
buat semak je rase


hari ni lidah makin sakit
dah masuk dua hari, kena g check tak ea?
takkan tergigit lidah berlarutan sakitnye?
korang pernah kena tak?
boleh tak nak diam je satu hari ni?
 
thanks sebab baca ni..

=) love
ibu danial

Monday, July 4, 2011

Marathon cerita Harry Potter pulak dan makan kek besday

 assalamualaikum

kalau korang pernah singgah sini mesti tau ibu suke membaca kan
hihi
memang hobi ibu membaca
sekarang dah ada blog suke lah pulak berblogwalking kat blog kawan-kawan =)

gambar sekadar hiasan semata-mata =P

tapi minggu ni kebarangkalian nak berblog dengan jayanya mungkin merudum sikit
ibu nak marathon membaca buku cerita Harry Potter milik puan MyaMyza
hehehe
nak tengok movienya susah sikit lah
Harry Potter and The Deadly Hallows Part 2 tu dah nak keluar bulan ni kan?


oh yang contest anak ayah tu kan
kalau ibu bagi Danial je buat cabutan aci tak?
top 20 pilih gambar yang menarik di mata
top 10 pilih cerita yang menusuk ke hati
untuk top 3 dah pening T__T
bagi idea sikit bole?

-pic from fb Kak Yan-

hari jumaat lepas pegi makan kek besday
sedap keknye.coklat kan kak?.tapi krim tak habis-dah besar dah tak larat nak telan krim kot-haha
n makan nasi ayam-again tak habis-haiyoh-nina memang macam ni, makan sikit tapi banyak kali tau kak yan-takkan nak lepak lame2 pulak-tu pun dah terbabas masuk keje lambat-hahah
Kak Yan ni pun blogger
thanks kak yan sebab jemput nina
 rupenye Kak Yan pun dok Kota Masai
alahai rumah tak jauh pun ngan rumah TokMak Danial
angkut je Danial sekali ngan motor
Danial takde nangis pun-alhamdulillah dah berani nampaknye-siap baring wat macam rumah sendiri hehe
Kak Yan, Qis and Adhwa comel je orangnye-macamla kamu besar sangat haha
gambar ibu tak snap pun...maluuuuu ai kan pemalu hikhikhik

Selamat Hari Ulangtahun ye Qis n Adhwa
Semoga Membesar Sihat dan Bertambah Bijak
Jadi anak yang Soleh dan Solehah ya
^_^

thanks sebab baca ni.. 

=) love 
ibu danial

Monday, June 13, 2011

sharing is caring ~tudung labuh instant - yes or no?~

ibu share dari nota sahabat ibu di facebok...

Salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat wanita saya,  

Saya setuju bahawa tudung labuh instant mudah didapati dan senang dipakai (Lycra+awning). Cuma saya lebih menggalakkan para wanita yang bertudung labuh untuk membeli tudung instant bersifat menutup aurat iaitu tidak menekap/melekap di dada. Kita sebagai pengguna sewajibnya meneliti semula material tudung labuh instant yang dijual dipasaran kerana tudung-tudung yang dijual kala ini, walaupun labuh, tapi masih tidak sempurna untuk menutup dada.

Kelemahan di peringkat itu yang sewajibnya diselesaikan oleh penjual dan pemakai. Kepada pihak pengusaha butik dan penjual tudung-tudung instant yang mahu meneruskan penjualan tudung2 seperti ini, maka juallah tudung instant labuh yang berstyle scallop atau twist jadi di bahagian dada tu tertutup dengan ropol twist dan scallop (sebagai alternatif untuk peminat tegar tudung istant labuh. Untuk yang belum tegar, saya nasihatkan untuk teliti sebelum mencuba).

Jadi kepada pengusaha-pengusaha, tolong take note mengenai hal ini kerana kalian juga memegang saham-saham pembeli. Sekiranya mereka membeli barangan kita yang masih belum up to standard yang Allah tetapkan, maka sahamnya kita juga yang dapat. 

Kepada pemakai, sila berhati-hati ;).Wallahualam. ;)

-tag la siapa2 yang nak di tag, sebagai tanda sayang kita kepada sahabat2 di luar sana-

Luv u all~ Nurul 'Uyun Ahmad, Dungun [coretan ni sebagai ingatan buat diri saya sendiri]

ingatan untuk diri ibu jugak ni..
walaupun ibu pakai tudung bawal je..
ayah pesan aurat perlu jaga
tokwan pun dah pesan berkali-kali
hmm
ibu nak belajar pakai tudung instant / shawl jugak..
tapi entah bila..

thanks sebab baca ni..

=) love
ibu danial

Wednesday, May 25, 2011

hadiah baby contest

semalam dah sampai hadiah baby contest
efficient betul penganjur
hari jumaat contest tutup
hari sabtu keluar result
hari isnin pos hadiah
hari selasa sampai sudah
eh ni pantun ke hape?hahah
drawing board
ade game bola2 kecik kat tepi dan jam
dan lappy baru untuk Danial
kononnye untuk gantikan yang patah hari tu..
puannina lovely?muahahahah
yang ni takde dwibahasa
tapi ada tambah tolak dan butang nak kuat/slow kan suara


meh layan gambo Danial dan drawing board beliau =)
dah pandai ambil pen sendiri
emm..kidalkah kamu nak oi?
conteng-conteng
kantoi!!
orang lain yang conteng haha
Danial sungguh-sungguh nak pusing-pusingkan jam tu
mesti nak masukkan dalam mulut jugak
haih
turn ayah pulak melayan Danial..
mule-mule kite telek puas-puas dulu pen tu..
kihkihkih..ni sape punye ni
tuan punye buat derk jeeeee
hahahha

terima kasih pada penganjur
kalau korang nak lappy ke boleh la usha fb akak ni
id : Educational Toys Bumiputera
dan terima kasih pada semua yang telah undi Danial..
jasamu kukenang ^_^
=) love
ibu danial

Monday, May 23, 2011

kopiah Danial

tengok kat fb
belek2 album dia
suke =D
pm owner pulak
jadi la ni nak beli sebab nak buat sendiri memang tak reti
tangankeraskematukatekan

nak confirmkan order baru perasan
belom cakap ngan ayah lagik ni
hehehe
walaupun pakai duit ibu harusle cakap jugak kan
sebab nak buat kopiah raya katenye =P

memula akak tu salah eja
dani-E-l
tsk tsk
ibu pm akak tu balik
alhamdulillah kakak tu buatkan yang baru
yang salah tu pun dia bagi sekali
alahai
baiknye hati akak
moga bertambah-tambah rezeki ye
sekejap je dia buat
pagi ibu bagitau salah, petang dah siap dah..

-gambar dari fb owner-

alang-alang dah beli kopiah tu berkenan la pulak kat keychain
belikan satu untuk maksu Danial
keychain boleh tulis depan belakang ye
tapi 4 huruf aje
 tadi dah sampai dah
 ni tulisan belakangnye ^_^

cute?#tddmka kuikui

kalau nak order jugak boleh la usha fb akak ni ye
id : mami noor
selain kopiah dan keychain
ada headband
ada topi
ada hairclip
-gambar dari fb-

psst
minta maaf ye..
ibu baru tahu order ditutup buat sementara waktu
ade banyak tempahan kot
tengok-tengok je la dulu
mane tahu ade yang diminati ke *wink*

menunggu malam ni dengan senyuman sampai ke telinga
^_^
harap-harap dapat tengok #nktm

=) love
ibu danial

Saturday, May 21, 2011

butang like fb


 butang like fb yang menyebabkan Danial dapat hadiah hari ni
hoyeah
suke =D
thanks ye kawan2 yang tolong like


ibu pernah cite kenapa ibu suke button like fb ni

dan nak share tulisan Shakir Shafiee tentang kebaikan/keburukan butang like ni
Semua dapat dilakukan dengan mudah, jika anda malas atau tidak minat menaip kita akan hanya menekan butang like sahaja. Mudah dan senang!
Ini realiti bagi diri saya juga. Tapi..
Tapi sejak akhir-akhir ini bahaya dan keaiban diri akan musnah dengan hanya menekan butang like kerana kehendak diri untuk mengetahui dan akibatnya kita terkena penangan butang like ini.
boleh baca lagi di sini ya

kadang-kadang ibu main tekan like sesuke hati
aduhai
betapa khilafnye ibu..
kadang-kadang apa yang kita like tak sama tafsiran dengan orang lain..
huhu
psst:
oh dah ade pulak butang 'dislike'?
 demam2 pun tak boleh nak 'manja' sangat..harus kuat

=) love
ibu danial

Monday, April 11, 2011

orang mana?

boleh tak mase nak naip nih tetibe blank?
hahah
geram


 semalam Danial meragam
takmo tido
dah besar-besar macam ni dah susah la ea nak tdo siang?
 alhamdulillah esok 12/04 dah 8 bulan anak ibu


semalam ibu jumpe kak pija dan ahmadi
kak pija datang jb nak tolong ipar die buka kedai
tu pun mesej-mesej kat fb je
ibu cakap ade rezeki bolehla jumpe
petang pulak hujan
tambah ayah nak nengok F1
takpelah
ibu cakap kat ayah lepas maghrib lah pegi
kalau ade adelah takde xdapat jumpalah

dalam pukul 8.15 baru gerak
tu pun gamble je cari jalan
tanya member ayah rupenye senang je jalannye
hehe
dah sampai tu seganlah pulak
poyo je
gambar takde lah ye
kamera takdak

sampai-sampai Danial yak
tumpang toilet cuci-cuci
haih datang nak jumpe orang bawak bekal ye anak?hehe

 gambar dari fb kak pija

dijamu pulak dengan nasi dagang
sedap =)
tapi ibu makan tak habis *malu*
slalu makan tak habis tau ibu ni ish ish ish

Danial dah kenal orang lah
kalau orang dia tak kenal pegang mula la cebik
berair mata
alahai
dah lame tu baru ok
panaskan enjin dulu kate ayah


jumpe borak-borak kejap je
dah malam kan
lagipun nak hantar Danial balik rumah tokmak die
siap dapat keropok ikan pulak tu dari kak pija
terima kasih kak ^_^

nak cerita dan nak tanya ni
biasa kalau jumpe kawan baru ke memang selalu tanya kan
*kadang-kadang customer pun tanya*
awak ni orang mana?
kalau orang lain takyah fikir pun boleh terus jawab
ibu kena pause jap baru jawab
sebab ape?
sebab ibu lahir kat kedah
umur setahun baru dok johor
mak ayah pun kat sini
tapi dalam hati kampungku di kedah nun
 entah tak tahu nak cakap ape
tu yang pause tu
jadinye jawapan standard ibu
orang kedah tapi dah lame dok johor
 kesimpulannye betul ke tak betul jawapan ibu tu??

=) love
ibu danial

Monday, February 21, 2011

FACEBLOG

assalamualaikum
pagi-pagi dh nmpk pink di merata-rata
apa yg pink tu?
faceblog

faceblog tu hape?

petikan diambil bulat-bulat dr faceblog
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

 haruslah join kan
^_^

jom ke faceblog

pst : busy like a bee..sowi xdpt BW

=) love
ibu danial
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger