ibu share dari nota sahabat ibu di facebok...
Salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat wanita saya,
Saya setuju bahawa tudung labuh instant mudah didapati dan senang dipakai (Lycra+awning). Cuma saya lebih menggalakkan para wanita yang bertudung labuh untuk membeli tudung instant bersifat menutup aurat iaitu tidak menekap/melekap di dada. Kita sebagai pengguna sewajibnya meneliti semula material tudung labuh instant yang dijual dipasaran kerana tudung-tudung yang dijual kala ini, walaupun labuh, tapi masih tidak sempurna untuk menutup dada.
Kelemahan di peringkat itu yang sewajibnya diselesaikan oleh penjual dan pemakai. Kepada pihak pengusaha butik dan penjual tudung-tudung instant yang mahu meneruskan penjualan tudung2 seperti ini, maka juallah tudung instant labuh yang berstyle scallop atau twist jadi di bahagian dada tu tertutup dengan ropol twist dan scallop (sebagai alternatif untuk peminat tegar tudung istant labuh. Untuk yang belum tegar, saya nasihatkan untuk teliti sebelum mencuba).
Jadi kepada pengusaha-pengusaha, tolong take note mengenai hal ini kerana kalian juga memegang saham-saham pembeli. Sekiranya mereka membeli barangan kita yang masih belum up to standard yang Allah tetapkan, maka sahamnya kita juga yang dapat.
Kepada pemakai, sila berhati-hati ;).Wallahualam. ;)
-tag la siapa2 yang nak di tag, sebagai tanda sayang kita kepada sahabat2 di luar sana-
Luv u all~ Nurul 'Uyun Ahmad, Dungun [coretan ni sebagai ingatan buat diri saya sendiri]
ingatan untuk diri ibu jugak ni..
walaupun ibu pakai tudung bawal je..
ayah pesan aurat perlu jaga
tokwan pun dah pesan berkali-kali
hmm
ibu nak belajar pakai tudung instant / shawl jugak..
tapi entah bila..
thanks sebab baca ni..
=) love
ibu danial


2 comments:
tudung instant tu yg jenis cap ke nina? kite pakai kt rumah mentue..senang sarung keluar blik nk g b.air heheee..
tapi setuju jugak..banyak jenis yg melekap..tak menepati piawai Allah ;)
ye kot..yang ada awning tu kot..sbb tu dipanggil tudung instant..x arif sebab tak pakai pun =P
Post a Comment