Showing posts with label pRegnaNt. Show all posts
Showing posts with label pRegnaNt. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

29 Februari 2012 ^_^

 salam

hari ni 29 Februari - insyaAllah lagi 4 tahun baru jumpa balik tarikh ni kan
ibu nak bersalin hari ni boleh??
;p
hahahah yo lah tu
tengah cuak ni weh
 dah terasa macam nak bersalin...
rasa Braxton Hicks dah nak seminggu...

ni info yang ibu dapat pasal Braxton Hicks ni
google2 dan jumpa kat http://duniaayien.blogspot.com/

KONTRAKSI BRAXTON'S HICKS
Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan
Source from alamhamil.com

mungkin sebab hari tu ibu dukung Danial 2 3 kali naik turun tangga
Danial dah 13kg okeh...
rasa larat lagi nak dukung dia jadi ibu dukung lah...
baby memang aktif sangat-sangat..lebih aktif dari abang dia..
lepas tu...malam nye takleh nak tdo
baby mengeras...sakit dah kat bawah ni..
sampai ayah pun dah cuak ;p
baring dan usap-usap perut sampai tertido...
eh ibu pun cuak jugak...walaupun ni anak kedua

sekarang BH ni kerap jugak lah jadi...
kadang sakit kadang tak..huhu
barang-barang nak bawa ke hospital pun dah siap-siap masuk bonet :)

bila masuk bulan 3 tiap-tiap minggu nak kena g checkup
07hb Klinik Kesihatan jumpa misi
14hb Hospital
22hb KK jumpa doktor
due date 31hb 3...insyaAllah lagi sebulan
doakan kami selamat ya :)

thanks sebab baca ni.. 

=) love
 ibu danial

Tuesday, February 7, 2012

berombak-ombak~

 salam

lamanya tak update..teehee
 my honey dalam perut nih aktif sesangat ^_^
 rasa berombak-ombak perut nih
dan terasa beliau membesar dengan jayanya
sampai asyik heartburn pun ye..
cepat mengah pun ye..
 dah masuk 32 minggu ++
tapi barang nak bawa g hospital tak packing lagi pun
huhuhu

mode sekarang : pink pink pinkyyy
scan dua kali doktor kate gegirl insyaAllah ^_^
instinct ibu pun rase gegirl

'dapat sepasang bolehla tutup kedai' - tauke cakap
erm erm~
ibu senyap je malas nak komen..

Danial pulak memang makin manja
super duper punye manja
nak berdukung aje kekadang tu
selagi ibu larat, ibu layankan aje

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Friday, December 9, 2011

presenting....

salam...
lame tak update tetibe anak dah besar??
takde ah =P
ni hari tu belek-belek album lama jumpa gambar ibu mase kecik..ngeee

 2 hari lepas baru scan baby...=D
tu pun sebab doktor kt KK soh scan...kalau ikut ibu nak seprais je...
oloh doktor bukan soh scan jantina pun...nak tau edd sama tak ngan kiraan jek =P


 doktor cakap uri kat bawah, n baby dok melintang...
kalau ikut scan ni baru 25 minggu ++
kira-kira 6 bulan laaa..so baby masih ada masa nak pusing-pusing kan?
cuma doktor suruh scan lagi dalam masa sebulan nak check kedudukan uri...
ibu tak tanye pun jantina baby ape tapi doktor menceceh ni kepala, ni jantung bla bla bla insyaAllah baby ...?
ape ye agak-agak??heheee



2 ni Danial's
yang first tu masa mula-mula confirmkan preggy...
kecik je kan..rasa nak nangis bila tengok gambar scan ni lepas tu tengok orangnye depan mata, aktif sudah melompatlah larilah...
yang kedua tu scan lagi sebab masa tu perut asik memulas-mulas je...risau lah kan tapi rupanya angin je...
masa tu doktor tanye nak tau jantina tak?
sama-sama ngan ayah kate tanak tau...ngeee memang suprise lah ;)


n this is me my belly ;)

 oyye kalau ikut memula check preggy edd ialah 08 Mac
pastu g kat KK kira-kira 31 Mac
hahahah memang ai lupe tarikh last period =P
n ikut scan ni 22 Mac
jadinya bila ea bersalin....?huhuhuhu

thanks sebab singgah sini.. 

=) love
ibu danial

Sunday, October 23, 2011

dah besar kan??

salam


Danial nampak dah besar kan??
hikhik
dah jadi abang dah awak Danial...
tapi makin manjaaaaa
aiyohhh..ibu nak g toilet kejap, tinggalkan ngan ayah pun tak nak
nangis macam kena cubit
parah parah
@_@

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Friday, October 21, 2011

seharian di Gombak

 salam

hari tu kami teman tokmak Danial untuk majlis graduasi pakngah Danial 
alhamdulillah selamat sudah dapat ijazah adik yang sorang nih

errr..dah malas nak taip boleh tak?
hahahah
*meh kite luku pale dia ramai-ramai*


cite ringkasnye
kami bertolak dari jb jam 1 pagi...
sampai Gombak subuh...
check-in hotel...mandi-mandi n terus anta tokmak g dewan
tu pun nak mencari hotel kat sri gombak tu punyelah *&%# (tak terkata) =P
aiyoooo sesat merate-rate
dengan ngantuknye lagi
kami tak kemana-mana pun..ayah kate takut sesat..
ngeee..takpelah kami pun penat sebenarnye
bertolak balik jam 8.30 malam dan sampai jb jam 1 pagi jugak...

otw pergi, singgah rnr seremban dan beli sandwich
sedapnyeee dan terus teringinkan sandwich sampai sekarang...
kurang sikit selera nak makan nasi sekarang...
macam-macam lah selera orang ngandung ni ek?
kuikuikui

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Thursday, September 29, 2011

campur-campur macam rojak

 salam

pagi tadi katenye takde karen...( hari isnin dapat notis )
notis kate start kol 10 smp 7 mlm
jadinye why?why?why??? tauke takmo bagi sy cotiiiii????
nasib baik takde karen 2 jam jek
kalau sampai kol 7 takde karen memang nak mengamuk guling-guling ahhh 
*poyo macamla berani buat hahah*

*******

perut sudah mula nampak...heeee ^_^
teringin nak pakai maternity dress
yang dulu ada 2 pasang...tapi nak yang baru...boleh? =P


 *******

Danial makin kuat minum susu =D
biasa ibu belikan susu 1kg tiap-tiap sabtu
tadi dah nak abis dah stok minggu ni
mane taknye...tokmak kate kol 7 pagi sampai kol 2 petang je dah 5 botol 8 oz
nak bagi dia lelap untuk tido tengahhari pun biasa 2 botol
banyak ke standard je tu ea untuk baby setahun sebulan??
 tapi pun kuat poo poo jugak
walaupun begitu perut tetap menten muncet =P


*******

10hb ni nak pegi UIA Gombak
nak teman n hantar mak untuk konvo pak ngah Danial
heeee..sementara menunggu diorang, kat mana ibu nak lepak ehhh?
cite sikit tempat mandi-mandi yang best kat sana nun??


thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Tuesday, September 20, 2011

morning sickness + buku merah

salam

ni komen ummu muhammad semalam..

hari tu ibu cakap kat ayah...bileeee la nak berenti morning sickness ni?
nak makan ape pun macam kurang selera..pastu muntah habis...cian baby =(
tau ayah kata ape?
sabar la buuuu...sabar ehhh..ntah-ntah nanti dah masuk 6 bulan baru ok ke...
6 bulan???huwaaaa =(
yupppp..ibu masih lagi morning sickness okeh...
ke everytime and anytime sickness nih??
bukan setakat pagi..malam nak tido pun nak muntah-muntah lagi..huhuhuhu
hmmmm...sabar...sabar...dugaan anak kedua
memang berusaha fikir positif...makan buah, kurangkan makan yang lain...tu je la mampu buat pun
 masa balik kampung takde pulak
ibu sihat walafiat alhamdulillah kat sana
udara segar kot...
morning sickness ni bukan ade ubat pun kan...
ibu tanya doktor pun, memang doktor cakap ubat tahan muntah pun tak berkesan..sebab hormon kan...

oh ye...agak-agak kalau ibu tunggu 5 bulan baru check-up kat KK kena marah tak ea?
kena buat awal-awal jugak ke?
pening-pening....
agak-agak bila waktu terbaik nak buka buku nih?
ce nasihat sikit kat ibu nih....

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Wednesday, August 17, 2011

#wordless wednesday 170811



thanks sebab singgah sini.. 
=) love
ibu danial

Monday, August 8, 2011

anugerah ilahi

assalamualaikum

-favourite thing to do before sleep : main tutup botol susu =D-

nikmat bergelar ibu setelah melahirkan kamu
syukur alhamdulillah

ibu sayang kamu Danial, jangan lasak-lasak nau..senak perut ibu..cian adik kat dalam..

thanks sebab singgah sini.. 

=) love
ibu danial

Saturday, August 6, 2011

teringin atau mengidam semasa bulan puasa adalah biasa

assalamualaikum

  wahai kawan-kawan...betul tak ayat kat atas tu?hehe
ni statement ke soalan ni?? =P
tapi betul kan.....
bila bulan puasa je mesti nak itu ini kat param tu kan....
 tapi kebanyakan kawan-kawan ibu semua dah tak ke param pun..
betul tak?
masing-masing masak sendiri je...
ibu?mak yang masak...heheh
mekasih mak
^_^

oyye, yang nak dicerita sebenarnya dah 2 3 hari ibu ngidam kuih lopes
tapi tak jumpa-jumpa
hihi...ibu tak pegi pun param...adik yang pegi...
 semalam dah dapat air tembikai...tapi muntah balik lepas makan tu...
lepas berbuka je mesti muntah balik..mungkin takleh makan nasi dulu kot...
aduhhh..sian kat baby....

ohh lagi satu, sekarang ibu kepanasan..tapi bila tala kipas kat badan memang boleh gigil-gigil hahadoi pelik bebenau...dan sebenarnye nak menghadap pc/laptop pun boleh buat rasa loya..huhuhu
jadi siang-siang takde orang kat kedai ni, ibu hadap game kat henpon je..or baca novel..kadang-kadang terbabas jugak terlelap..teehee
tapi tengah takde orang ni, tauke saya nak cuti sebulan boleh tak??


entry tah hape-hape kan sebenarnye, thanks ye sebab singgah sini..entah bile baru boleh update lagi =P

=) love
ibu danial

Tuesday, July 26, 2011

hadiah GA

assalamualaikum


 ini adelah bookmark yang diterima hadiah GA Kakyong
hee..dah dua minggu lebih kot ibu dapat baru nak tayang..hehe
http://puannina.blogspot.com/2011/06/pagi-yang-cerah.html
thanks Kakyong and Zuneta Card Craft

dan semalam nama ibu naik kat cabutan bertuah aksi si cilik
gambar yang dipertaruhkan

tapi gambar tak menang..
http://umiharizahin.blogspot.com/2011/07/pemenang-aksi-si-cilik.html
alhamdulillah ada rezeki menang cabutan bertuah
hihi
hadiah top-up RM10
dah selamat diterima semalam dan sedang digunakan...
thanks ye kak atieyz

dan ini lagi satu rezeki ibu mengandung =D
ikan pekasam yang Puan MyaMyza beli online sampai tadi
hee..dan beliau dengan murah hatinye telah beri saye sepeket
alhamdulillah ^_^
semalam bawa rambutan..hari ni bagi ikan pekasam..
ohh seronokkkk moga2 murah rezekimu selalu =D

ikan pekasam sepat

ini gambo ikan pekasam dari belog kak vagg
terliur takkk??

argghhh baru nak publish entry ni kak vagg post entry ikan pekasam lagik
http://nini3posen.com/?p=12282
geram gerammm
balik nak makan ikan pekasam
nak jugakkkk
haha tetibe emo =P

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Thursday, July 21, 2011

bukan ibu je yang mengidam

assalamualaikum
sekarang tengah hujan lebat kat luar nun
uuuuu sejukkkkk

 pregnancy yang ni berbeza dgn masa pregnantkan Danial
dah seminggu lebih, hampir setiap masa ibu rasa mual
dari bangun tido sampailah ke nak tido balik...tapi semalam baru g confirmkan..hehe
semalam balik keje, buka aircond pun salah, buka tingkap pun tak kena
last-last mintak ayah berenti sebab nak muntah sangat2 dah..

 penawar loya ku buat masa ini

ngeee..berbalik pada tajuk, tadi masa beli air tu, ibu beli eskrem sekali
muahaha..baru sehari confirm pregnant, terus mengidam
melampauuuu
heeeee..takdelah ngidam pun
tapi mak kucing ni haaaa yang ngidamkan eskem tu




sampai terpejam-pejam mata menikmati eskrem =P

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger