Tuesday, May 31, 2011

Share : Bacakanku buku ibu!

 jom mamam baca buku

tips yang best ni ibu dapat kat Ratuhati.com
kalau nak petua ke tips ke berforum ke jom la join ratuhati.com
banyak topik yang menarik tau

Bacakanku Buku Ibu! (baru lahir - 3 tahun)

 Kata pepatah, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Tidak terlalu awal untuk anda mula membaca untuk anak anda. Gunakan teknik yang betul untuk menarik minatnya...
Peruntukkan masa
  • Baca buku untuk anak anda setiap hari, walaupun anak anda masih bayi.
  • Anda boleh memilih masa sebelum dia tidur petang atau malam, selepas makan atau mana-mana masa yang anda fikirkan sesuai.
  • Cuba untuk memilih masa yang sama pada setiap hari.
  • Elakkan gangguan semasa membaca. Tutup radio, tv. Pilih tempat yang senyap.
  • Berikan perhatian sepenuhnya semasa mengajar anak anda membaca.
  • Selaraskan masa membaca sependek atau selama yang mungkin selagi anak anda berminat.
Nikmati saat menyeronokkan
  • Duduk rapat dengan anak anda atau dudukkan dia di pangkuan anda.
  • Kanak-kanak kecil suka dilayan oleh ibunya. Mereka suka mendengar suara ibunya.
  • Bantu anak anda akan merasa yang membaca adalah masa yang menyeronokkan.
Pilih buku yang pendek dan ringkas.
  • Baru lahir hingga 18 bulan
    Bayi sukakan buku. Pilih buku daripada kain, plastik atau kertas tebal.
    Gambarnya perlu ringkas dengan warna terang.
    Beri anak anda sentuh dan memegang buku.
  • 18 bulan hingga 3 tahun
    Mendengar ibu bercerita, dapat membantu kanak-kanak kecil membina kemahiran bahasanya.
    Pilih buku dari kertas dengan kulit yang keras.
    Biar anak anda memegang buku tersebut.
Dramatik perlu ada
  • Gunakan suara yang menyeronokkan.
  • Gunakan tona dan nada yang berlainan, tinggi dan rendah untuk menarik minat anak anda.
  • Baca secara perlahan-lahan jadi anak anda dapat menghubungkan cerita anda dengan gambar di buku.
Ulang baca
  • Kanak-kanak belajar apabila kita membacakan buku yang sama. Mereka suka mendengar, melihat dan merasa cerita yang sama dibacakan berulang-ulang.
Tunjuk gambar
  • Tarik perhatian anak anda dengan menunjukkan dan menamakan gambar.
  • Baru lahir hingga 18 bulan
    Tunjuk dan katakan “Amal tengok ni, bola.”
  • 18 bulan sehingga 3 tahun
    Tunjuk dan katakan “Iman tengok ni, bola besar.”
    Anak anda sepatutnya akan kata, “bola” dan selepas itu “bola besar”
 dah tau teknik nye
meh la praktikkan pulak
^_^

=) love
ibu danial

2 comments:

myamyza said...

kite pon dah start bacakan buku untuk razziq.. alhamdulillah beliau berminat dan selalu diam bila dibacakan buku..biasanya rutin sebelum dia tido malam la.. nak beli buku2 agama yang pendek kisahnye tp belum jumpe lagi( tak cari sebenarnya).. heheh..

puan nina said...

kalau Danial tak reti duduk diam..dimakan buku ade la..huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger