Saturday, March 5, 2011

kedai buku pilihan

ruangan rencana utama paper kosmo bertarikh 2 Mac 2011

'lokasi kedai buku terbaik'

oleh wan shahara ahmad ghazali
penggemar buku adakalanya bukan sahaja cerewet memilih buku tetapi juga lokasi terbaik mencari buku. Bagi yang mementingkan kualiti dan pilihan, mereka lazimnya akan mencari kedai buku yang besar dan selesa. Kepada yang mempunyai bajet terhad, akan ke kedai buku terpakai. Trend terkini ialah memesan buku secara talian yang amat sesuai bagi mereka yang sibuk dan tidak berkesempatan ke kedai buku.

Bagi mencari dan mendapatkan cadangan lokasi pembelian buku terbaik khususnya di Lembah Klang, penulis melayari beberapa laman forum dalam talian dan blog pembaca tegar.

Sebahagian besar pembeli buku memilih Kinokuniya di Suria KLCC atau BookXcess di Amcorp Mall Petaling Jaya untuk membeli buku baru.

nk baca lagi klik je gambar kat atas tu ye

oh bestnye kalau ibu dok KL

kat sini ibu beli buku kt Jusco Tebrau je
kt kedai buku Harris
besar kedainye
best
kite pilih2 pun xyah pening2
boleh baca kt situ lagi


ibu setuju sgt dgn komen kt artikel tu
"Pekerja Kino tidak akan mengganggu meskipun pengunjung mengambil masa seharian untuk memilih buku, berbeza dengan layanan pekerja di sesetengah kedai buku tempatan yang sering mengekori sambil merenung menyebabkan kita terasa dilayan bak pencuri,” luahnya dalam satu laman forum.

=) love 
ibu danial

2 comments:

@LeenShamsh said...

nina kedai buku ni kat kl kan>area jhor takde ke mcm ni hehe ;)

p/s: nak murah je dalm kepale keh8!

puan nina said...

2 la pasal jauh sgt kt KL nun =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger