dalam proses membaca balik novel-novel lama ibu
dah beli yang baru pun yang lame tetap suke jugak
kan?kan?kan?
sape2 yang minat baca novel mesti tahu lah
=)
sedikit petikan cerita dalam novel nih
Lula kelihatan berfikir.Lalu dia berkata,
"Tapi Syam, betapa susahnya mencintai seseorang hanya kerana Allah. Terus terang aku tak reti!."
"Aku pun merasakan hal yang sama. Susah sekali untuk jatuh cinta kerana Allah. Tapi, itu semua mungkin terjadi kerana kita tak mahu menjadikan Allah sebagai keutamaan dalam hidup kita. Kita menghilangkan peranan Allah dalam setiap langkah kita. Padahal, apa saja yang tidak diliputi oleh Allah di langit dan bumi ini? Kuasa Allah meliputi segalanya! Jika kita sanggup untuk menyedari hal itu dan memenuhi hak-hakNya, pasti Dia akan memapah hati kita bukan sekadar untuk mengenaliNya, tetapi juga untuk bergembira dalam taman-taman cinta yang indah. Taman cinta yang diredhaiNya."
mengisahkan Syamsu Nazarul Adam yang lari dari rumah, menjadi pencuri, kemudian diselamatkan oleh seorang pengembara yang menyebabkan Syam berubah menjadi seorang muslim yang baik. Dia belajar kt sekolah pondok atas saranan pengembara tu dan bermula lah pulak perkenalan dengan Lula, gadis yang terpaksa menjadi pelacur untuk menyara keluarganya. Syam mengajar Lula mendalami Islam. Makin lama Lula makin jatuh hati pada Syam dan mahu berubah.. Dalam masa yang sama, anak gadis guru dia jatuh cinta pada Syam. Syam dipinang, wow lelaki dipinang okeh..lelaki yang xde ape-ape pun..teringat kat Rasulullah SAW..Syam pun bagitahu Lula. Lula tak dapat terima kenyataan. Masa tu pulak diorang kena tangkap basah..huhuhu..sian dia, dibelasah dan dibuang sekolah.....
agak-agak korang ending cammane??heheh
agak-agak korang ending cammane??heheh
=) love
ibu danial


1 comment:
Jalan citer 7 petala cinta 2 ada yg sama dgn jln citer novel ni kn..
Post a Comment